Thursday, 18 April 2013

P3-Jurnal Minggu 8

Bilangan Jurnal : 8/12

Minggu  Praktikum: 8
Tarikh Peristiwa / Kejadian   : 11 Mac 2013
Tajuk Jurnal: Tiada alatan dan bahan yang mencukupi untuk membuat aktiviti Kemahiran Hidup


1.   Masalah / Peristiwa

         Hari ini (11 Mac 2013) saya mengajar tahun 4 Azam untuk membuat aktiviti set model bagi tajuk pemasangan model berpandukan manual. Pada tajuk minggu lepas juga saya menghadapi masalah yang sama iaitu masalah ketiadaan bahan untuk digunkan sebagai alat bantu mengajar. Oleh sebab yang demikian, kekurangan alatan dan bahan telah menyukarkan saya untuk membuat proses pembelajaran dan pengajaran pada hari ini. Tajuk tersebut merupakan antara yang terkandung dalam rancangan pengajaran Kemahiran Hidup tahun 4 dan perlu dijalankan oleh murid-murid tahun 4.


2.   Analisis

            Sebelum saya menulis rancangan pengajaran harian untuk tarikh tersebut, saya hanya melihat kepada buku teks dan berharap agar semua alatan dan bahan yang diperlukan ada dalam stor kemahiran hidup sekolah ini. Tetapi malangnya, apa yang saya perlukan untuk  keperluan 32 orang murid tidak mencukupi. Saya juga telah bertanya kepada guru lain bagaimana mereka menangani masalah ini, ada antara guru yang hanya mengajar tajuk ini secara teori sahaja. Tetapi bagi saya, tajuk ini akan lebih seronok dan menarik jika dilakukan aktiviti membina sendiri set-set model itu sendiri. Selain ini, ia juga memberikan pengalaman bariu kepada murid yang tidak pernah bermain permainan sepertu itu sebelum ini.


3.   Cadangan Tindakan Susulan

Sebagai langkah penyelesaian, saya telah berbincang dengan rakan praktikum yang lain. Kami telah membuat keputusan untuk mengumpul duit dan membeli alatan dan bahan yang diperlukan bagi tajuk p&p kali ini. Kami juga telah bersama-sama memilih permainan buka dan pasang yang bersesuaian dengan tahap murid kelas-kelas yang kami ajar kerana aras kesukaran pembuanaan set model tersebut adalah sederhana.untuk hanya memberikan setiap kumpulan satu litar yang telah disalahkan sambungannya. Oleh yang berkenaan. Oleh sebab kami tidak membeli permainan tersebut dalam kuantiti yang banyak, saya merancang aktiviti membina set model ini dalam kumpulan supaya setiap murid dalam kumpulan dapat menyumbangkan idea masing-masing dan menggunakan sepenuh pengetahuan mereka terhadap apa yang telah dipelajari tentang langkah-langkah pembinaan set model. Selain itu, aktiviti tersebut juga dapat menimbulkan nilai kerjasama dalam kumpulan dan bersaing antara kumpulan-kumpulan yang lain.



4.   Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya dan rakan-rakan yang lain terpaksa mengubah sedikit apa yang telah dirancang kerana faktor bahan yang kurang dan palajar yang ramai. Walaupun terdapat bahan yang mencukupi di sekolah, tapi pada pandangan kami ia tidak sesuai digunakan untuk aras pelajar kelas yang kami ajar. Jadi, dalam setiap minggu pelajaran, kami perlu berfikir pantas dan mmebuat persediaan yang lebih awal untuk  memastikan aktiviti pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan lancar. 

No comments:

Post a Comment